Follow | Dashboard

❀ Disclaimer ❀


Hello ! Mira here. kay listen! do you know? you make me smile when I am sad. you advise me to be strong in facing challenges. you be there for me when I needed someone to tell a story. if one day you need someone to listen to your story, I promise I will be there for you. you must remember that our friendship me and you never stop. Friend forever ヅ


Entry | About | Search Me | Credit


Sahabat

Terlebih dahulu mira memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak post sesuatu walaupun sepatah kata di blog ini.

Buat sahabat yang banyak menyokong, berkorban dalam segala situasi. Maafkanku andai selama ini aku pernah berkasar denganmu. Aku bukan manusia sempurna, pemikiran juga kurang sempurna, bicaraku bukan sempurna, perilaku bukan sempurna, tetapi aku bersyukur menerima cinta sempurna darimu wahai sahabat. Cinta yang didasari dengan Ilahi dan ukhuwah Islami . Terima kasih tak terhingga padamu, Sahabat !

Andai hari ini aku khilaf, semalam aku juga alpa, sedarkan aku dengan titah Ilahi. Jangan biarkan aku seronok menikmati dunia ini. Luruskan aku dengan kata-kata nasihatmu, agar diri sentiasa ingat pada Yang Satu..

Bingkisan ringkas buatmu,tanda kemaafanku, kasih sayang dariku untukmu Sahabat,

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

Kubiarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Perasaan di jiwa..
Tak pernah kuingini..

Aku telah pun sedaya..
Tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..

Oh teman,maafkanlah diriku..
Oh Tuhan,tunjukkanku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika kumelukaimu..
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..

Aku tidakkan berdaya..
Menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah dikau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

P/S : Kita pernah bersama menghadapi ujian kegembiraan, kemesraan, perjuangan yang tidak ternilai, moga2 kita bersyukur menghadapi ujian kedukaan dan pengorbanan.

Older post / Newer post