Follow | Dashboard

❀ Disclaimer ❀


Hello ! Mira here. kay listen! do you know? you make me smile when I am sad. you advise me to be strong in facing challenges. you be there for me when I needed someone to tell a story. if one day you need someone to listen to your story, I promise I will be there for you. you must remember that our friendship me and you never stop. Friend forever ヅ


Entry | About | Search Me | Credit


Persahabatan 3 segi

Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini.Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil.

Contoh : berkawan 3 orang , 5 orang atau seangkatan dengannya.




Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘
tersisih’. Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ je, cam tak da apa2. Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati, akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri, lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut. Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan, dan timbullah persoalan antara mereka...

Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali.(buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2,tapi tidak  

   kawan yang ke 3,kalau tau pon,dia orang yang terakhir tau.

Bila situasi ini terjadi,mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan,dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini.Dia rasa terpinggir.Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat,tapi tb2 muncul watak ke’3’ atau ke’5’,yang kira sama kepala ,maka berlakulah persahabatan yang sedemikian,tapi lama2 ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.

Jadi,sapa2 yang mengalami situasi begini:

Yang pertama sekali anda kena ingat dalam kepala yang mereka adalah kawan anda juga dan anda pernah menjadi rapat dengan mereka. Tak ada gunanya anda asingkan diri dari mereka kerana akhirnya nanti anda yang akan rasa terpinggir dengan perbuatan tersebut. Kalau perkara itu terjadi bukanlah salah mereka tapi salah anda sendiri!

Anda boleh berbincang dengan mereka tapi elakkan dari berbincang secara 3 orang.

Mulakan dengan perbualan yang lebih selesa seperti bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau kenangan-kenangan lepas yang boleh membuatkan korang semakin mesra dan rapat. Pilih topik perbualan yang menyenang dan boleh mengembalikan kemesraan korang sebagai kawan. Pastikan diri anda sendiri dan kawan anda dalam keadaan selesa semasa berbual dan tidak berasa janggal.

Apabila keadaan telah menjadi selesa, beritahu sejujurnya perasaan anda yang rasa terpinggir dan tersisih secara lemah lembut dan penuh budi bahasa. Elakkan daripada menyindir. Kalau anda rasa takut atau janggal, luahkan dengan menggunakan nada seperti bergurau. Jangan lupa untuk menyatakan sebab-sebab mengapa anda rasa terpinggir dari mereka. Kalau dia seorang kawan yang baik, dia takkan biarkan anda rasa seperti itu dan cuba untuk melegakan perasaan anda yang rasa terpinggir itu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kita hormatilah perasaan sahabat kita kalau nak sahabat kita menghormati perasaan kita.Kita pon kena hormat perasaan kita sendiri,kena tau sempadan kita,supaya kita tak buat perkara yang memalukan semata2 untuk menarik perhatian sahabat kita.

Dalam persahabatan juga kena ada rasa saling percaya. Bercerita masalah peribadi dan rahsia anda pada mereka membuatkan mereka berasa istimewa dan mereka pun akan turut bercerita hal peribadi mereka sendiri.

Ada masanya kita perlu memikirkan bahawa sahabat kita juga memerlukan teman untuk mendengar cerita dan masalah mereka. Kita tak boleh mementingkan diri sendiri. Bukan kita sahaja yang ada masalah dan perlukan kawan. Orang lain juga perlukan keperluan sebegitu. Ambillah masa untuk mendengar. Apabila mendengar masalah dari sahabat kita elakkan dari memberikan reaksi seperti,

"tulah.."
"hmmm.."
"yeah.."

 dan reaksi-reaksi yang menunjukkan seperti korang tak berminat..

Tapi seeloknya dengarlah dengan teliti apa yang mahu disampaikannya. Jangan cuba untuk memotong atau memintas percakapan mereka. Jika kawan-kawan korang meminta nasihat daripada anda, berilah nasihat yang terbaik dan terbijak pada mereka. Dengan cara ini anda boleh mendapat rasa hormat mereka dengan begitu mudah dan menjadikan mereka lebih rapat dengan anda.
 

p/s: terima kasih kepada kak Lyssa Faizureen sebab bagi copy post dia :3

Persahabatan 3 segi ibarat 'isi dengan kuku',, 'bagai aur dengan tebing"
kalau ada perselisihan ibarat 'sedangkan lidah lagi tergigit'
sakit sahabat kita ibarat 'cubit peha kanan, peha kiri yang terasa'

Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi, Serahkan Semuanya Pada Allah

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. 
Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.
Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.
Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.
Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.
Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian.
Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.
So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.
Jalanilah hidup ini apa seadanya
Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup.
kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.
Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan.
Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 
Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.
Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya!
Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.
Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita.
Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.
Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.
Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka.

He always with you
Dalam hidup ini
Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai kita.

Cinta Allah kepada para hambaNya begitu mendalam.
Begitu indah dan begitu suci.

Allah mencipta kita dengan penuh rasa cinta
Lihat sahajalah bagaimana Allah menyayangi kita
Dia sentiasa ada bersama kita
Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita
Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita
Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan

Waktu kita terperangkap ke dalam lembah kegelapan
Tercari – cari cahaya
Dia hadir
Melimpahkan cahaya
Yang membuatkan iman yang tadinya malap
Kembali bernyala

Bila tiada sesiapa memahami kita,
Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita
Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita,
Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita.
 Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita
Allah ada untuk menemani kita.

Ingat,
Jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan.
Allah itu sentiasa ada bersama kita.

WHY and WHY?


Hi Assalamualaikum semua :) 
Merokok.
Why I choose this topic? Sebab ada sorang kawan aku ni tanya, kenapa perempuan tak suka lelaki merokok? Lelaki yang merokok baru nampak macho . LOL . Fakta atau auta? I think lelaki yang tak merokok lagi lah macho. Boleh fikir jauh. Fikir masa depan. Right? Okay back to the topic. Kenapa perempuan tak suka lelaki merokok ? Mesti ada banyak sebab. There must be a reason. Pernah tak kaum lelaki ni terfikir , kenapa perempuan tak suka sangat lelaki merokok... Hmm but perempuan yg suka lelaki merokok tu , takboleh nak kata apa lah. Pendapat masing-2 right. Tapi aku pun tak suka lelaki merokok. Sebab ...

MEMUDARATKAN ORANG LAIN

Semua orang tahu bahawa perokok akan membebaskan asap rokok yang mana akan turut dihidu oleh bukan perokok. Tak pasal-pasal orang yang tak merokok dapat tempiasnya seperti perkara berikut asma, kanser paru-paru, keguguran kandungan, kelahiran pramatang, kematian bayi secara tiba-tiba malah mengganggu orang lain dengan bau rokok yang busuk.
Hadis riwayat Tarmizi, daripada Rasulullah s.a.w :
"Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seorang mukmin ataupun menipunya"

PEMBAZIRAN 

Pernah tak terfikir berapa banyak duit yang dihabiskan untuk beli rokok? Daripada beli rokok , lebih baik beli hadiah dekat orang tersayang . Mak ayah kakak adik abang or someone special kan? Or kalau taknak sekalipun , sedekah ja dekat tabung masjid tu haa. Dapat jugak pahala kan? 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM 1.5 BILLION setahun untuk membeli rokok. Bayangkanlah duit sebanyak itu hanya untuk dibakar sahaja. 
Firman Allah : " Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan"  (surah al-Isra' ayat 27)
MEROSAKKAN BAKA KETURUNAN.

Kajian menunjukkan kesan daripada merokok boleh menyebabkan sperma rosak dan menjadi tidak aktif. Struktur sperma perokok juga berubah dan menjadi ganjil seperti berkepala dua atau berekor dua. Sebab apa agaknya? Ini disebabkan mutasi sel-sel sperma yang diakibatkan oleh bahan toksik dan karsinogen yang terdapat pada asap rokok. Malah yang lebih teruk, morokok juga boleh menyebabkan " mati pucuk " bagi sesetengah lelaki.

RIMAS DENGAN BAU ROKOKSedangkan pakcik aku yang hantu rokok tu pun aku dah tahan setengah nyawa ni . Tolong lah weh kalau nak merokok silalah dengan hormatnya pergi zon yang memang untuk merokok. Jangan sesuka hati nak hembus-2 asap rokok kat orang lain. Public pulak tu. Merana orang yang duduk tepi. Hm kalau tak sayang nyawa sendiri sokay lah. Org lain sayang nyawa depa. Org yg hidu asap rokok tu pun ada effect tau v.v

Okay that's all. Kepada PEROKOK YANG TEGAR, usaha lah untuk berhenti okay :-) Rokok membahayakan kesihatan. Dekat kotak rokok tu dah terang lagi bersuluh akibat daripada merokok tapi kenapa nak merokok jugak? Serious aku cakap , lelaki merokok TAK MACHO lah. Buang duit , cari penyakit. I know susah nak berhenti kalau dah start merokok tapi tak salah kalau cuba berhenti jugak kan. Lama-lama nanti boleh lah tu. KATAKAN TAKNAK KEPADA MEROKOK!


Anak Comel Dan Ujian Kehidupan


Bak kata orang, ujian tu asam garam kehidupan. Kalau tidak diuji tu bukan manusialah. Betulkah?
Betullah, kerana setiap manusia akan diuji, sama ada melalui nikmat mahupun musibah. Kita hanya manusia yang hanya menumpang hidup di bumi ni. Kita tak boleh lari ujian, lebih-lebih lagi ujian yang melibatkan musibah. Kena hadapi juga!
Yalah, Allah SWT dah bagi macam-macam nikmat kepada kita tapi bila dapat musibah nak mengeluh pula.
Saya buat satu analogi, perkara yang selalu kita hadapi.
Ada seorang kanak-kanak comel ini, dia selalu dapat macam-macam daripada ibu bapa dia sampaikan dia tak perlu minta pun tapi dapat macam tu sahaja. Sampai satu hari, ibunya mahu menguji ketaatan si anak dengan menyuruh anaknya ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barang keperluan. Anak kecil yang comel ini merungut dan tidak mahu pergi kerana terpaksa berjalan kaki dalam panas terik.
Pada pendapat andalah, bedasarkan akal yang waras, wajar tak si anak kecil memperlakukan ibunya sebegitu rupa? Orang dah beri macam-macam, minta tolong sikit tak boleh ke?
Hhhhmm... sama jugalah dalam situasi kita sekarang. Allah SWT dah beri kita macam-macam nikmat termasuklah yang kita tak minta pun tapi Allah SWT tetap beri sebab Dia tahu kita memerlukan-Nya, tapi bila datang ujian dari Allah SWT kita mengeluh? Wajarkah?

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman :
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (29:2-3)
Lihat, Allah sudah turunkan ayat bahawa Allah akan uji hamba-hamba-Nya yang beriman. Semakin beriman, semakin berat Allah SWT berikan ujian. Allah SWT mahu lihat benarkah kita betul-betul beriman pada-Nya.
Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun diuji, inikan pula hamba-Nya yang sering lakukan dosa. Ingat, ujian yang kita alami adalah kafarah dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Sepatutnya kita gembira sebab Allah SWT mahu hapuskan dosa-dosa kecil kita. Bukankah itu satu nikmat?
Tidak kiralah seberat manapun ujian Allah SWT, laluilah dengan tenang dan tabah. Jika kita redha Allah SWT itu Tuhan kita dan Nabi Muhammad SAW pula rasul kita, mengapa Qada' dan Qadar-Nya kita tidak boleh terima?
Lihat, betapa sabar dan tabahnya Nabi Daud ditimpa ujian. Sehinggakan isteri dan anaknya pergi meninggalkan baginda yang sedang kesakitan. Namun baginda tetap tabah.
Nabi Muhammad SAW, jika kita singkap kembali Sirah Nabawiyyah, baginda pernah dicaci, dimaki dan dibalingkan batu oleh penduduk Thaif ketika berdakwah bagi mengembangkan ajaran Islam. Baginda tetap sabar. Sabarnya baginda sehinggakan apabila malaikat Jibril a.s ingin menawarkan diri untuk menterbalikkan bukit Thaif ke atas penduduknya yang ingkar, baginda menolak. Mulianya dan agungnya Muhammad SAW walapun diuji sebegitu rupa.
Dalam al-Quran lagi Allah SWT berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa)
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (2:286)
Jadi, saya menasihatkan diri saya dan pembaca sekalian, yakinlah kepada Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Bila dah dapat musibah, kita cuba muhasabah kembali diri kita. Kenapa Allah SWT datangkan musibah?
Mungkin kita terlalu alpa dan leka. Selalu dengan kemewahan dunia sehinggakan kita lupa Dia yang menciptakan kita. Sehinggakan kita jauh daripada-Nya. Mujur Allah SWT berikan musibah pada kita. Ya lah, bila kita dapat musibah, kita akan terus merintih dan mengadu  pada Allah SWT. Dengan musibah itu jugalah kita sedar daripada kekhilafan kita. Barulah sedar bahawa diri kita jauh dari Allah SWT. Syukur Allah SWT masih lagi memberi kita kesedaran melalui musibah agar kita berubah ke  arah yang lebih baik. Jika tidak, bagaimana mahu menghadap Allah SWT pada hari Akhirat kelak?

Konklusinya, bersabarlah apabila diuji. InsyaAllah, Allah SWT akan melipat gandakan pahala kita atas kesabaran kita. Mungkin ada yang mengatakan, 'cakap senang la, cuba kena dekat diri sendiri. Kalau tulis macam ni semua orang reti.'
Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menerima atau tidak. Cuma apa yang saya nak katakan, saya juga insan yang lemah, yang kadang kala merasakan beban apabila menerima musibah. Tetapi apa gunanya kita menjadi makhluk Allah SWT. Mengadulah pada-Nya, pasti Dia mendengar.
Ujian itu lumrah kehidupan.
Semoga kita sabar dan tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT,
Semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih-Nya,
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita sebelum mengadap-Nya,
Semoga kita hidup dan mati dalam keadaan iman.
Artikel iluvislam.com



Jujur Pada Diri Sendiri, Kunci Mencapai Tujuan Hidup


Jujur satu perkataan yang sangat mudah untuk diucap tetapi bukan semua kita mampu bersikap jujur ataupun berkata jujur,...okey kalau bercakap tentang kepentingan bercakap jujur tanpa satu bukti yang kukuh orang tak kan tahu, dari segi agama kejujuran adalah ucapan yang benar dan sesuai dengan realita.

 Allah Ta’ala memerintahkan kita untuk jujur, Dia berfirman: 
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar. (QS. at-Taubah :119)
Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah (QS. an-Nisa` :122)
Tidak ada yang lebih jujur ucapannya dari pada Allah, dan sejujur-jujurnya kalam adalah kitabullah.

Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...
BAGAIMANAKAH CARANYA KITA BERSIKAP JUJUR KEPADA DIRI?
Mari kita sama-sama muhasabah diri kita hari ini, apa yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan kita? Adakah kita telah siap merancang untuk kehidupan kita, atau seperti kebanyakan dari kita, hanya mengikut arus kehidupan.
Fikirkan apa yang paling penting dalam kehidupan Anda!!!.

Jika Allah Belum Makbulkan Doamu…

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…Namun kemudian…

Kaktus itu berbunga sangat cantik, Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “: Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi
Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar…
Kalau kita minta kekayaan, Allah kasih kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri.
Kalau kita minta jadi orang berjaya, Allah terus kasi Masalah supaya kita berjaya menyelesaikannya
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka…, tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita
Yakin sahaja kepada Allah… Berusaha.. Jangan hanya berdoa sahaja kerana Allah hanya memberi fasaliti, kita yang memanfaatkan fasiliti tersebut.
Yakin saja kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha.
Dan syukurilah apa yang kita punya.Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia..
Sabda Rasulallah Saw:
“Tidak ada seorang muslim yang berdoa melainkan akan dikabulkan, adakalanya disegerakan di dunia, adakalanya disimpankan untuknya di akhirat. Dan ada kalanya digunakan untuk menghapuskan dosa-dosanya sesuai dengan kadar doa yang ia ucapkan selama ia tidak berdoa untuk dosa atau memutuskan tali persaudaraan”.” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)




Older post